Sedekad lalu,Kerajaan Singapura telah melancarkan kempen bahasa dan sekarang,Kerajaan Malaysia telah menukarkan sistem pendidikannya drp Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu).Oleh kerana ini,saya mengajak rakan-rakan Bloggers di sini untuk menulis satu recana sebulan dalam Bahasa Malaysia.
Hari ini adalah 1 haribulan Ramadhan iaitu bulan umat Islam berpuasa untuk menunaikan salah satu rukun agama Islam. Bagi pengetahuan pembaca,rukun Islam adalah 5 iaitu mengucapkan 2 kalimah syahadah,bersolat,berpuasa di Bulan Ramadhan,membayar zakat dan menunaikan haji jika mampu.
Kenapa harus orang Islam berpuasa? Secara amnya,puasa mengajar orang Islam bersabar dan mengawal nafsu mereka, pada siang hari,mereka dituntut supaya kawal nafsu makan,perasaan serta sexs.Puasa dikira batal kalau mereka makan,memarahi seorang keterlaluan serta melakukan sexs,tak kira secara onani atau berpasangan.
Puasa juga adalah satu amalan yang baik untuk menjaga kesihatan seseorang. Semasa puasa,kita sebenarnya mengdetoxkan sistem penghadaman kita dgn mengurangkan jumlah makanan kita dan secara tidak langsung,kita dapat mengawal berat badan kita.
Kajian dibuat oleh para saintis Barat dan Timur telah mengatakan bahawa berpuasa adalah cara yang paling baik untuk membersihkan sistem penghadaman kita serta memberikan masa untuk membaikpulih organ percernaan kita.Cuba kita bayangkan perut sebagai sebuah enjin,jika enjin kereta dibiarkan berjalan selama 24 jam,7 hari seminggu sudah tentu enjin itu akan rosak.
Semasa berbuka,umat Islam juga telah disarankam supaya mengambil makanan seimbang bukan bermakan secara gelojoh atau berterusan.
Amalan berpuasa tidak hanya terhad kepada agama Islam tapi ia terdapat dalam Agama Kristian,Yahudi serta Hindu,cuma syarat dan cara berpuasa adalah berlainan.
Kepada pembaca muslim,Ichi mengucapkan selamat berpuasa dan moga2,kita dapat keberkatan bulan yang mulia ini.
5 comments:
selamat menyambut ramadhan almubarak...bagus bahasa malaysia anda..tp detox? bahasa malaysia kah itu?/hhaahha
Thanks for sharing and that means good behaviour for 1 month only. I think Mat Rempits should puasa 365 days. Selamat Berpuasa to you.
hahahahhaahha.....Twilight's comment really cracks me up! suddenly pop out mat rempit pulak
Aiya, not all of them puasa one ma.. Some don't bother also.. Secretly eat one...
Hafiz: entah.maybe ade dlm kamus kot.
Twink: They shuld.
Paul:my sentiments exactly.
Little prince: that's between them and God.We can't be the judge of people
Post a Comment